PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SMK SERI ISKANDAR
Jumlah pelawat setakat ini :
SARANA IBU BAPA DAN SEKOLAH /PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI
SARANA IBU BAPA DAN SARANA SEKOLAH
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2013-2015 KPM
Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa adalah satu program yang telah dirancang oleh Kementerian Pendidikan untuk melibatkan PIBG dan ibu bapa dalam program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Sokongan dan penglibatan ibu bapa adalah penting dalam membantu pihak sekolah dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah. Ibu bapa boleh membantu pihak sekolah dengan menjadi ahli Kumpulan Sokongan Ibu Bapa ( KISB ). Untuk maklumat lanjut berkaitannya, boleh merujuk link di atas dan jika terdapat sebarang pertanyaan dan juga berminat menjadi ahli KISB boleh berhubung terus dengan SU PIBG SMKSI.
YAB Perdana Menteri telah melancarkan PPPM pada 11 September 2012 yang menjadi pemacu Transformasi Pendidikan. Pelan ini digubal hasil Kajian Semula Sistem Pendidikan Negara dan menggambarkan visi dan aspirasi sistem pendidikan dan murid yang akan dapat memenuhi keperluan negara pada masa hadapan. Aspirasi Murid dan Sistem Pendidikan ada seperti berikut:
1. Aspirasi Murid: Membina murid yang berPengetahuan, berIdentiti Nasional, berEtika dan Kerohanian, mempunyai Kemahiran Berfikir. Kemahiran Memimpin dan Kemahiran Dwi Bahasa (PIE3K).
2. Aspirasi Sistem Pendidikan: Kecekapan, Ekuiti. Perpaduan, Akses, dan Kualiti (KEPAK).
PPPM dilaksanakan melalui 11 Anjakan Strategik dan Operasi yang akan dapat menjayakan Transformasi Pendidikan. Anjakan ke-9 menggariskan peranan PIBG yang merupakan pemangkin dalam menggalakan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran seperti berikuti:
“Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta secara meluas.”
Dalam menjayakan transformasi Pendidikan, setiap ibu bapa dan PIBG perlu melakukan anjakan daripada:
Pembelajaran Berasaskan Sekolah
kepada
Sistem Pembelajaran Yang Lebih Meluas
dengan bantuan komuniti, sektor swasta, dan sektor sosial sebagai rakan dalam membantu pembelajaran murid dengan:
1. Menjadi rakan yang aktif dalam proses pembelajaran anak melalui PIBG yang menyediakan maklumbalas tentang hal ehwal pengurusan berasaskan sekolah.
2. menggunakan Sarana Ibu Bapa bagi menyokong Pembelajaran murid
3. Sekolah mempunyai rangkaian masyarakat dan sektor swasta sebagai rakan yang memberi kepakaran kepada kemajuan sekolah
4. Penglibatan semua bagi mengwujudkan ekosistem pembelajaran yang menegaskan pengajaran ilmu, kemahiran dan nilai kepada murid.
5.. PIBG memberi maklumbalas mengenai perlaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016.
“ Pada masa hadapan, Peranan PIBG akan berkembang daripada tumpuan biasa terhadap usaha pengumpulan dana kepada bekerjasama dengan kepimpinan sekolah untuk meningkatkan keberhasilan murid. Secara kususnya, PIBG dipelawa untuk mengemukakan input tentang cara bagi membolehkan sekolah menjadi kurikulum kebangsaan lebih releven dengan keperluan masyarakat setempat dan memberikan maklum balas tentang kualiti pengajaran dan pengalaman pembelajaran anak mereka. PIBG dan kepimpinan sekolah akan bekerjasama untuk menyediakan penyelesaian terhadap isu yang dikenal pasti. Dalam setengah keadaan, hal ini mungkin bermaksud menjadikan ibu bapa sebagai guru dan jurulatih tambahan untuk aktiviti sekolah.” (Ringkasan Eksekutif PPPM) ."
​
Salam 1Malaysia,
Dato' Seri Hj Abd. Rahman Hj Ali
Jurilatih Utama Kebangsaan.
​
​
untuk Tindakan PIBG dan Ibu Bapa Untuk memacu Transformasi Pendidikan ke arah merealisasikan Aspirasi Murid (PIE3K) dan Aspirasi Sistem Pendidikan (KEPAK), semua pihak perlu meneliti 11 Anjakan PPPM dan memenuhi tuntutan yang berkaitan.
Bagi PIBG dan ibu bapa, Anjakan Ke-9 menuntut supaya ibu bapa, PIBG, komuniti dan pihak swasta bekerjasama secara meluas dalam pembelajaran anak melalui Sarana Ibu bapa dan akses atas talian kepada kemajuan anak di sekolah melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).
Secara khusus, PIBG dan ibu bapa perlu memenuhi tuntutan Anjakan ke-9 dengan melakukan perkara-perkara seperti berikut:
1. PIBG sebagai peneraju permuafakatan antara ibu bapa, sekolah, komuniti dan sektor swasta dalam menggalakkan semua pihak meningkatkan penglibatan dalam pembelajaran anak-anak kearah kecemerlangan.
2.PIBG sebagai pemangkin dalam mengwujudkan ekosistem pembelajaran yang menegaskan pengajaran ilmu, kemahiran dan nilai kepada murid.
3.PIBG menjadi pembimbing ibu bapa dalam penggunaan Sarana Ibu Bapa bagi menyokong pembelajaran.
4.PIBG mengendalikan Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dan Biro Maklumat bagi menggalakkan perkongsian pengalaman dan memberi khidmat kepada sekolah.
5.PIBG menyediakan maklumbalas tentang penggunaan Sarana Ibu Bapa dan Penglibatan Ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak.
6. PIBG memberi input kepada perlaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016. Dengan pelancaran PPPM, tugas PIBG kini bertambah berat dan lebih mencabar. Kalau dulu tanggungjawab
PIBG tertumpu kepada 4 tugas sepertimana tercatat dalam Para 4 Perlembagaan PIBG, kini tugas PIBG sekurang-kurang 6 iaitu yang ke-5:Membimbing Ibu Bapa melaksana Sarana Ibu Bapa dan yang ke-6: Memberi maklumbalas tentang perlaksanaan Kurikulum Setempat dan Kualiti Guru menjelang 2016. Untuk melaksana tambahan tugas yang baru PIBG perlu bermuhasabah dan memikirkan hala tuju dan pendekatan yang perlu dilakukan bagi menjayakan PPPM yang menjangkau sehingga 2025.
ANJAKAN KE -9 PPPM
TRANSFORMASI PIBG
PELAJAR MENCAPAI ASPIRASI
​
"Transformasi memerlukan masa, strategi dan hala tuju jelas. Jestru, tempoh sedekad akan datang ini adalah sangat mencabar kerana kita perlu meletakkan Malaysia sebagai negara maju dan sekali gus juga menukar status sebagai negara pemimpin, termasuklah dalam soal pendidikan.” YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, 1 Nov. 2011.
Ungkapan tersebut diatas oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran menuntut semua pihak termasuk ibu bapa dan PIBG melakukan transformasi diri dan organisasi untuk menjayakan Anjakan Ke-9 PPPM dan Transformasi Pendidikan dan seterusnya mencapai Aspirasi Murid, Aspirasi Sistem Pelajaran dan juga Aspirasi atau wawasan PIBG. Disamping berusaha mencapai Aspirasi Murid dan Aspirasi Sistem Pelajaran, PIBG perlu juga memikirkan apa rupa bentuk dan kualiti PIBG yang dihajati menjelang 2025. Adakah masih berstatus seperti "katak di bawah tempurung"? Tidak mengetahui apa yang berlaku kepada PIBG lain, tiada jaringan, tiada perpaduan? Adakah PIBG boleh menerima ahli yang mementingkan diri sendiri dan berfahaman kronisme? Adakah PIBG masih melakukan perancangan tahunan sedangkan PPPM menuntut perancangan strategik ( lebih setahun). Adakah PIBG masih tunggu dan lihat sedangkan PIBG lain terus maju menggerakkan Sarana Ibu Bapa dan mengelola Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dan Biro Maklumat? Sebagai PIBG yang bertanggungjawab, sudah tentu kita ingin menambah baik dan memajukan PIBG dan sekolah kita. Justru, PIBG memerlukan wawasan atau Aspirasi PIBG: rupa bentuk dan kualiti PIBG menjelang 2025 disamping 7 Anjakan atau strategi bagi menjayakan Anjakan Ke-9 PPPM. Aspirasi PIBG ( acronym PEKEK) adalah seperti berikut:
​
​
Dato' Seri Abd Rahman Hj Ali YDP PIBG SMK Seafield Jurulaih Utama Kebangsaan