top of page

COMBI BERSAMA WARGA SMKSI MEMBANTERAS PEMBIAKAN NYAMUK AEDES DAN MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

Demi menyahut cabaran Kementerian Kesihatan menyeru orang ramai supaya memberi kerjasama dalam aktiviti pencegahan dan kawalan Demam Denggi PIBG SMKSI tidak alpa dan sentiasa menjaga dan memastikan persekitaran tempat tinggal, belajar dan bekerja semua warga sekolah adalah bebas dari menjadi punca pembiakan Aedes. Dengan perubahan cuaca yang tidak menentu, risiko penularan denggi juga boleh meningkat. Namun begitu, jika tiada tempat-tempat pembiakan Aedes, perubahan cuaca tidak akan memberi kesan kepada kejadian Demam Denggi. Oleh itu, hanya persekitaran yang bersih dan bebas dari tempat pembiakan Aedes sahaja yang dapat mencegah wabak Demam Denggi dari berlaku.



Tidak dinafikan semakin ramai rakyat Malaysia yang mula sedar akan kepentingan menjalani hidup sihat. Namun, masih terdapat antara kita yang tidak mengambil hal ini sebagai suatu yang penting. PIBG SMKSI sedar bahawa kesihatan adalah jaminan untuk hidup yang lebih sejahtera. Dan untuk mencapai tahap kesihatan yang terbaik, gaya hidup sihat merupakan satu daripada syaratnya. PIBG telah mengadakan pameran mini dan kempen anti denggi dan gaya hidup sihat untuk semua murid SMKSI bertempat di Dewan Dedikasi SMKSI pada 16 Mac 2016 bermula jam 2.30 petang. Ianya bertujuan untuk menyemai gaya hidup sihat di kalangan anak-anak didik SMKSI.


Tuan Haji Abdul Karim b Hj Jafri, AJK PIBG SMKSI bersama

En Halim b Hassan PK HEM SMKSI

Tuan Hj Abdul Karim b Hj Jafri menyampaikan info tentang

kebersihan persekitaran


Paparan utama
Pos terkini
Arkib
Kategori aktiviti 
No tags yet.
bottom of page