top of page

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN SOLAT HAJAT UNTUK CALON PT3 DAN SPM 2018

13 September, 2018- Majlis bacaan Yassin dan Solat hajat untuk Pt3 dan SPM adalah salah satu program yang dirancang untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya membantu para pelajar tingkatan 3 dan 5 menghadapi peperiksaan PT3 dan SPM dengan lebih tenang dan yakin. Penganjuran majlis seperti ini adalah sebagai salah satu usaha untuk membantu para pelajar dari segi kerohanian selain usaha yang berterusan dari guru- guru dan semua pihak.Selain itu ianya dapat mengeratkan lagi ikatan persaudaraan antara pihak sekolah dengan para ibu bapa / penjaga. OBJEKTIF

Mendedahkan pelajar kepada cara memohon bantuan daripada Allah Taa’la

Memupuk rasa cinta kepada ibadah

Meningkatkan lagi ilmu dalam menjalankan solat hajat.

Menjalinkan ukhuwwah antara pihak sekolah dengan para ibu bapa / penjaga.


Majlis bacaan Yaasin bagi calon PT3 dan SPM telah diadakan bertempat di Masjid as-Siddiq, Taman Iskandar Perdana, Seri Iskandar. YB Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin turut hadir dalam majlis ini dan telah menyampaikan ucapan bagi menyuntik motivasi untuk semua calon PT3 dan SPM tahun ini. Semoga semua calon PT3 dan SPM 2018 beroleh keputusan yang cemerlang.



Paparan utama
Pos terkini
Arkib
Kategori aktiviti 
No tags yet.
bottom of page