Sambutan Hari Guru
GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN
DEFINISI
GURU: Guru merupakan individu penting serta berperanan sebagai pendidik yang mendorong, membimbing dan membentuk kemenjadian murid.
PEMACU: Penggerak yang menggerakkan sesuatu usaha dengan lebih cepat dan berkesan dalam memastikan kejayaan dan pencapaian sasaran.
TRANSFORMASI: Membawa maksud melakukan perubahan terhadap sifat, tingkah laku, pengetahuan, pandangan dan sebagainya kepada sesuatu yang lebih baik dan sempurna.
PENDIDIKAN: Bermaksud perihal mendidik yang merujuk kepada proses atau aktiviti untuk membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.
Tema sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini ialah Kembali ke Sekolah. PIBG bersama-sama semua warga sekolah telah berkerjasama bagi menjayakan sambutan kali ini. Suasana meriah apabila semua guru memakai uniform sekolah dan menaiki bas sekolah bersiar-siar di bandar Seri Iskandar. Sambutan pada tahun ini amat bermakna kerana ianya adalah sambutan Hari Guru terakhir Puan Mashitah binti Ismail, Pengetua SMKSI. Unit Pendidikan Islam SMKSI turut mengambil kesempatan bagi melancarkan Program Ihya Ramadhan. Semoga semua guru SMKSI berjaya menggalas tugas menjadi pemacu transformasi Pendidikan.