top of page

PEMBUGARAN FROG VLE BERSAMA IBU BAPA


Pada 30 Januari 2016 program pembugaran Frog VLE telah diadakan bersama ibu bapa dan penjaga pelajar SMKSI. Program separuh hari ini dirasmikan olehEn Abu Hamid b Meri, Penolong Kanan Pentadbiran SMKSI. En Zamzuri bin Ismail dan En Noor Hadid bin Nazarudin, dari Pusat Kegiatan Guru Bota turut bersama dalam program tersebut.

Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah. Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.


Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.


OBJEKTIF : 1. Memperkenalkan Frog VLE kepada Ibu Bapa. 2. Mengedarkan kata laluan dan ID untuk tujuan mengakses Papan Notis Ibu Bapa dalam Frog VLE. 3. Ibu bapa juga mengikuti aktiviti anak-anak mereka di sekolah, mengakses laporan PIBG, butiran perhubungan sekolah, serta memuat turun borang dan dokumen penting. 4. Memotivasi dan memberi inspirasi kepada para Ibu Bapa tentang perlunya kaedah pengajaran baru kepada anak-anak dalam era globalisasi masa kini.


Paparan utama
Pos terkini
Arkib
Kategori aktiviti 
No tags yet.
bottom of page