top of page

PIBK : BRIDGED KOMUNITI


Kolaboratif Kepimpinan Pengetua Dengan PIBG-Komuniti Dalam Menjana Kecemerlangan Sekolah.

1.Pengenalan

Dalam era perkembangan yang sangat laju ini, pendidikan di institusi sekolah tidak lagi mampu untuk bergerak sendirian untuk mencapai kecemerlangan. No man is an island ( John Donne) bermaksud kita saling memerlukan dan tindak tanduk kita akan mempengaruhi orang lain. Pengertian hubungan komuniti ialah hubungan antara individu, institusi, sektor awam atau swasta baik secara formal dan tidak formal dalam program, perkhidmatan atau sumber untuk membantu pencapaian murid. Komuniti sama ada ibu bapa, persatuan bekas pelajar, masyarakat sekitar memainkan peranan membangunkan modal insan yang holistik.


Perkara ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam surah Al-Ma’idah ayat dua pula bermaksud : “Dan bertolong-tolonglah kamu atas kebijaksanaan dan taqwa. Dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam dosa atau permusuhan”. Mengikut Dato Hj. Abdul Rafie Bin Mahat, Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, “Hubungan tiga dimensi iaitu sekolah, rumah dan komuniti perlu diberi penekanan. Ketiga-tiga entiti ini perlu ada hubungan yang mantap dan akrab kerana kejayaan sistem pendidikan negara bergantung kepada sejauhmana ketiga-tiga elemen ini dapat berfungsi, saling melengkapi dan bantu membantu antara satu sama lain. Pihak pengurusan sekolah boleh memainkan peranan utama dalam merapatkan hubungan antara rumah dan komuniti melalui pelbagai cara selain daripada yang diketahui umum iaitu melalui PIBG”. Menurut Betty Boult (Donald, 1978) pula “In many schools, parents are welcomed as equal partnerships in their child’s education. Educators at such institutions believe that making education a meaningful experience for students requires partnerships, education is a shared trust”.


Hasrat ini bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu ‘Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah LEBIH MEMPERKEMBANGKAN potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk MELAHIRKAN insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah BERTUJUAN UNTUK melahirkan WARGA NEGARA Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran KELUARGA, masyarakat dan negara.’ Mengikut James M. Kouzes and Barry Z. Posner (2002) dalam Five Practices of Exemplary Leadership, antara amalan pemimpin yang berkesan, iaitu Model the way, Inspire a shared vision, and Enable others to act. Elemen penting ini juga ditekankan oleh Lesly’s Handbook of Public Relations and Communications, iaitu. “Community relations, as a public relations function, is an institution’s planned, active, and continuing participation with and within a community to maintain and enhance its environment to the benefit of both the institution and the community”.


2.Pengurusan dan pentadbiran sekolah yang berkesan perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak luar. Perhubungan pihak sekolah dengan agensi luar merupakan salah satu komponen penting dalam pengurusan sekolah.

Amalan ini bertepatan hasrat Tan Sri Mahyuddin B Mohd Yassin selaku Menteri Pelajaran merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( 2013-2025) yang merangkumi sembilan bidang keutamaan yang dikenal pasti hasil daripada Laporan Penilaian Pendidikan Negara telah diperhalusi. Antara sembilan perkara yang ditekankan tersebut ialah:

meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah; mengukuhkan pelibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi dalam pendidikan.

Dua fokus ini diperincikan dalam ANJAKAN YANG KELIMA (5) ialah memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Untuk itu, Kementerian Pelajaran Malaysia akan memperkenalkan kriteria pemilihan pengetua dan guru besar berasaskan kompetensi, serta memperkukuhkan proses perancangan penggantian pengetua dan guru besar mulai tahun 2013. Selain itu, Kementerian juga akan menempatkan pengetua atau guru besar cemerlang di sekolah-sekolah luar bandar dan di kawasan-kawasan miskin bandar bertujuan untuk meningkatkan prestasi sekolah. Kementerian juga akan menyediakan sokongan yang secukupnya kepada pengetua dan guru besar untuk membantu mereka meningkatkan prestasi sekolah.

ANJAKAN YANG KESEMBILAN (9), iaitu memperluas jalinan kerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta. Pihak Kementerian akan mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai tahun 2016. Untuk menggalakkan penglibatan sektor swasta dan komuniti, Kementerian akan menambah bilangan Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang tahun 2025 dengan turut melibatkan kumpulan alumni dan pertubuhan bukan kerajaan yang berpotensi sebagai penganjur. Lawrence W. Lezotte (1991), pula menggariskan antara ciri Sekolah Berkesan iaitu hubungan sekolah- rumah yang intim. Berdasarkan kajian dan konsultasi dengan ibu bapa, Persatuan Ibu bapa dan Masyarakat di Canberra (ACT Council of Parents & Citizens Assosiation ), Australia telah mengemukakan ciri sekolah berkesan iaitu sokongan ibu bapa dan komuniti yang kukuh.

Peranan ibu bapa dalam memahami akan tanggungjawab mereka mengenai pendidikan anak-anak mereka tidak dapat dinafikan. Kelly (1996) menyebut bahawa adalah menjadi tugas serta tanggungjawab ibu bapa untuk membantu dan membimbing anak-anak menyelesaikan kerja rumah, mengurus masa belajar di rumah, memberi motivasi, mengatasi masalah pembelajaran dan mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum. Pihak sekolah sering mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa semasa Pendaftaran pelajar, Program Motivasi Keibubapaan dan Program Rundingcara Akademik. Parents who read to their children before they enter school give their children a boost toward reading success. Talking to children about books and stories read to them also supports reading achievement. (Lawrence Erlbaum Associates, Inc. 1996. Developing Engaged Readers in School and Home Communities. Rahway, N.J.: Author Tindakan dilaksanakan bagi memastikan objektif yang disasarkan dapat dicapai dalam jangka masa yang ditetapkan . PIBG telah merancang dan melaksanakan beberapa program yang melibatkan ibu bapa secara langsung, antaranya ialah Program Pendidikan Komuniti, Hari Keluarga, Sukaneka Rakyat, Seminar Pendidikan Keibubapaan dan forum keibubapaan.

Michael Fullan (2001) Leading in a Culture of Change menggambarkan lima set teras tindakan minda yang menentukan pemimpin yang berjaya dalam organisasi pembelajaran, iaitu — Moral purpose — Understanding change — Relationship building — Knowledge building — Coherence making

Menurut Fullan (2001) lagi ‘involving parents is important because the closer parents are to the educator the greater the educational impact. The 'power of three'; teachers, parents and students aligned make all the difference.

3. Prinsip Asas perhubungan ini dapat dilaksanakan melalui beberapa kaedah, iaitu 1. Perkongsian pintar (Smart partnership) 2. Permuafakatan ( Collaboration) 3. Win-win situation = Situasi menang-menang: sama-sama untung 4. Cooperation = Kerjasama

3.1 Manakala EPSTEIN’S menyebut enam jenis penglibatan. Keibubapaan (Parenting) Komunikasi (Communicating) Sukarelawan (Volunteering) Pembelajaran di rumah (Learning at Home) Membuat keputusan (Decision Making) Kobarasi dengan komuniti (Collaborating With Community)













Paparan utama
Pos terkini
Arkib
Kategori aktiviti 
No tags yet.
bottom of page