PIBK : PROGRAM MNoS "MOH NOLONG SEKOLAH"
Pada 28 Mei 2016 PIBG SMKSI bersama dengan Unit Disiplin SMKSI telah mengadakan pameran tentang program dan aktiviti PIBK SMKSI sempena dengan program Moh Nolong Sekolah (MNoS). Program yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah ini bermula jam 8.00 pagi bertempat di IKBN Seri Iskandar.
Matlamat program yang dianjurkan oleh PPD Perak Tengah ini adalah untuk menghubungkan masyarakat dan pendidik dengan mengajak seluruh komuniti dan masyarakat membantu memperkasakan sekolah dan pendidikan dalam Daerah Perak Tengah.
Objektif yang telah digariskan dalam program MNoS ialah:
*Semua masyarakat bertanggungjawab terhadap pendidikan dalam komuniti setempat.
*Komuniti memahami konsep ambil peduli tentang bertanggungjawab dalam pendidikan.
*Komuniti tahu perubahan yang berlaku dalam merealisasikan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
*Peratus kehadiran murid meningkat di sekolah.
*Menggunakan pendekatan baru untuk mendekatkan diri dengan masyarakat.