top of page

PIBK: KOLABORATIF GAMELAN SERI WARISAN SMK SERI ISKANDAR

Pasukan Gamelan Seri Warisan SMK Seri Iskandar ditubuhkan pada tahun 2010 . Pasukan Gamelan ini terdiri daripada 12 orang pemain dengan sembilan alatan muzik tradisional gamelan. Pasukan ini dibimbing oleh En Abdul Aziz bin Abdul Rahman. Sembilan alatan tersebut terdiri daripada Bonang Barung, Gendang, Gambang, Saron Barung, Saron Peking, Saron Demung, Kenong, Kempul dan Gong.

Alatan permainan gamelan ini telah dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2009. Kesemua alatan tersebut telah mencapai usia 13 tahun dan masih boleh digunakan. Sukacita dimaklumkan dalam tempoh tersebut, masih ada kekurangan peralatan gamelan yang tidak lengkap antaranya Bonang Penerus dan beberapa peralatan lain. Namun, pasukan gamelan SMK Seri Iskandar tetap mampu memainkan persembahan gamelan yang terbaik sehingga mencatatkan sejarah mempersembahkan gamelan dihadapan Sultan Nazrin Shah, Sultan Perak bersempena Majlis Pembukaan Sekolah Rendah Kebangsaan Iskandar Perdana.

Pada 27 Mac 2015 , pasukan gamelan Seri Warisan SMK Seri telah melaksanakan Program Jalinan Pengantarabangsaan Gamelan bersama Universiti Gadja Mada , Indonesia. Antara pengisian Program Jalinan ini ialah perbengkelan bersama pelajar-pelajar Universiti Gadja Mada yang berkongsi kemahiran bermain alatan gamelan. Hasil perbengkelan tersebut didapati alatan gamelan Pasukan Gamelan Seri Warisan Seri Iskandar masih belum mencukupi lantaran peralatan yang ada pula ada yang telah rosak.

Rentetan daripada Program Jalinan Pengantarabangsaan Gamelan SMK Seri Iskandar, Perak dan Universiti Gadja Mada telah diadakan pula lawatan balas bagi memantapkan Pasukan Gamelan Seri Warisan disamping mendapatkan pengesahan pengantarabangsaan. Besarlah harapan agar lawatan balas yang telah dilaksanakan akan memberikan impak positif kepada kedua-dua belah pihak.

Sentuhan dan bimbingan dari Universitas Gadja Mada tidak berhenti setakat itu. Pada tanggal 15 April 2016, pembengkelan bermain gamelan dirancakkan lagi dengan mengadakannya sekali lagi di Bilik Muzik SMK Seri Iskandar. Kerjasama erat ini sememangnya dapat membantu meningkatkan kemahiran dan motivasi para pemain Seri Warisan untuk membuat persembahan yang mantap dan berkarisma.


AKTIVITI PERSEMBAHAN YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH

PASUKAN GAMELAN SERI WARISAN , SMK SERI ISKANDAR,

32610 SERI ISKANDAR, PERAK.

BIL. AKTIVITI TARIKH

1. PERASMIAN PEMBUKAAN SK ISKANDAR PERDANA,SERI ISKANDAR 2011

2. ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK TAHUNAN 3. ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM TAHUNAN

4. MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG UPSR, PARLIMEN PARIT 2010

5. MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH 2012

6. PROGRAM INOVASI SAINS BERSAMA UTP 2013

7. MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG JABATAN KESIHATAN

NEGERI PERAK 2014

8. PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH BERSAMA UTP 13 MAC 2015

9. ENSEMBLE OF GAMELAN ANTARABANGSA UTP 28MAC 2015

10. MAJLIS ANUGERAH GEMILANG KOKURIKULUM

SMK SERI ISKANDAR 28 OKT 2015

11. MAJLIS ANUGERAH PEMBANGUNAN SAHSIAH DAERAH PK TENGAH,

DI D HOTEL, SERI ISKANDAR 31 OKT 2015

12. SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU DAERAH PERAK TENGAH

DI DEWAN SERABAGUNA MDPT, SERI ISKANDAR 24 MEI 2016

PENGLIBATAN PENGANTARABANGSAAN

PASUKAN GAMELAN SERI WARISAN

SMK SERI ISKANDAR, 32610 SERI ISKANDAR, PERAK

BIL. AKTIVITI TARIKH

1. PROGRAM JALINAN PENGANTARABANGSAAN GAMELAN ANTARA

UNIVERSITI GADJAH MADA DAN SMK SERI ISKANDAR. SESI

PERBENGKELAN DI SMK SERI ISKANDAR,SERI ISKANDAR PERAK 27 MAC 2015

2. GAMELAN WORKSHOP BERSAMA KUMPULAN KAYU

GANGSA GAMELAN,NOTTINGHAM UNITED KINGDOM DAN

UTP GAMELAN GROUP SANGGAR KIRANA,

DEWAN SUK,IPOH, PERAK 1 NOV 2015

3. PROGRAM PEMBUDAYAAN KESENIAN GAMELAN SEBAGAI

JALINAN ILMU ANTARABANGSA KE UNIVERSITAS GADJA

MADA, INDONESIA. LAWATAN PENARAFAN

PENGANTARABANGSAAN SESI PERBENGKELAN DI UNIVERSITAS

GADJA MADA PADA 14-17 MAC 2016

4. PROGRAM PEMBUDAYAAN KESENIAN GAMELAN

SEBAGAI JALINAN ILMU ANTARABANGSA KE UNIVERSITAS

GADJA MADA, INDONESIA.LAWATAN BALAS

PENGANTARABANGSAAN SESI PERBENGKELAN DI SMK SERI ISKANDAR,

SERI ISKANDAR 15 APR 2016

Gamelan Sanggar Kirana dari Universiti Teknologi Petronas terus memberikan sokongan dan bimbingan berterusan kepada Gamelan Seri Warisan SMK Seri Iskandar. Latihan giat dijalankan untuk persembahan bagi Hari Guru Daerah Perak Tengah bagi tahun 2016. Pada 18-19 Mei latihan diadakan di Unit Kokurikulum UTP dan pada 20 - 21 Mei pula latihan diadakan di Bilik Muzik SMKSI. Seramai 23 orang mahasiswa dan mahasiswi UTP diketuai oleh bekas murid SMKSI Mohammad Faudzan bin Mohamad Hosni telah memberi sentuhan dan bimbingan kepada pasukan gamelan SMKSI. Diharapkan pasukan Gamelan Seri Warisan SMK Seri Iskandar bertambah maju pada masa hadapan dan dapat merealisasikan SMK Seri Iskandar sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan.


SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU 2016 DAERAH PERAK TENGAH

DI DEWAN SERABAGUNA MDPT, SERI ISKANDAR

SESI LATIHAN BERSAMA KUMPULAN SANGGAR KIRANA UTP


Paparan utama
Pos terkini
Arkib
Kategori aktiviti 
No tags yet.
bottom of page