TAHNIAH ATLETE MEMANAH OKU SMK SERI ISKANDAR
- Jun 6, 2016
- 1 min read
Muhammad Nazril bin Mohammad Rapi merupakan atlet orang kurang upaya (OKU) yang mampu menjadi sumber inspirasi bagi semua warga SMK Seri Iskandar. Atlet yang berumur 15 tahun ini telah menyertai berbagai kem latihan dan kejohanan.
BIL. AKTIVITI TAHUN/PENCAPAIAN
1. Kem INSPIRE TRAIN di Majlis Sukan
Negara Shah Alam 2014/Penyertaan
2. Kem INSPIRE TRAIN Negeri Perak
Anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak
di Kompleks Sukan TLDM Lumut 2015/Saguhati
3. Kejohanan PARA Memanah MSN-MILO NAAM 2016/Naib Johan
Pegawai Belia dan Sukan Negeri Perak bertanggungjawab memeriksa dan meluluskan penyertaan Muhammad Nazril bagi kem dan pertandingan PARA memanah ini. PIBG mengucapkan tahniah dan syabas kepada atlet PARA memanah ini kerana telah mengharumkan nama sekolah dan Negeri Perak. PIBG SMKSI berharap Muhammad Nazril akan menjadi atlet PARA memanah yang mencipta kemenangan di peringkat yang lebih tertinggi pada masa akan datang.


































Comments