top of page

HARI PELAPORAN

Hari Pelaporan pada tahun ini telah dijalankan pada 30 Jun 2016. Ianya merupakan aktiviti tahunan yang diadakan oleh pihak sekolah dan menjadi medan pertemuan di antara guru, murid dan ibu bapa bagi membincangkan pencapaian akademik anak-anak mereka. Ibu bapa dan penjaga juga berpeluang mengetahui pencapaian kegiatan kokurikulum dan sahsiah anak-anak mereka. Kehadiran ibu bapa dan penjaga amat menggalakan. Pihak PIBG mengharapkan perbincangan yang membina ini dapat meningkatkan pencapaian akademik murid-murid SMKSI dan merapatkan ukhwah semua guru dan ibu bapa dan penjaga semua murid yang terlibat.


Paparan utama
Pos terkini
Arkib
Kategori aktiviti 
No tags yet.
bottom of page