JAMUAN HARI RAYA PENDIDIKAN KHAS
Pada 3 Ogos 2016, Badan Permuafakatan Pendidikan Khas telah mengadakan jamuan Hari Raya Aidil Fitri bertempat di Dewan Dedikasi SMK Seri Iskandar. Majlis sederhana tetapi meriah ini telah dirasmikan oleh Encik Ahmad Zakuan bin Hj Mohd Razi ,Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah. Encik Ibrahim bin Uda Arshad, YDP Badan Permuafakatan Pendidikan Khas mempengerusikan majlis tersebut. Doa dibacakan oleh Tuan Haji Abdul Aziz, bapa kepada murid Pendidikan Khas. Encik Jeyaratnakumar a/l Thiravianathan, Penolong Kanan Pendidikan yang baru turut bersama memeriahkan majlis. Puan Mashitah bt Ismail, Pengetua SMK Seri Iskandar, Encik Mahamad Ali bin Kamijis, YDP PIBG SMK Seri Iskandar bersama tetamu yang lain terhibur dengan ragam anak-anak didik Pendidikan Khas menyambut Aidil Fitri. Kerjasama padu antara semua pihak iaitu Pentadbir sekolah, guru dan ibu bapa dan penjaga murid Pendidikan Khas telah menjayakan pelbagai program Pendidikan Khas termasuklah sambutan Hari Raya pada tahun ini. Semoga permuafakatan ini membawa berkat dan menjadikan Pendidikan Khas SMK Seri Iskandar Excellent.