RIANG RIA SEHATI SEJIWA DI SMK SERI ISKANDAR
Pada 13 Ogos 2016, bermula jam 8.00 pagi, PIBG bersama warga sekolah SMKSI telah mengadakan gotong royong sempena menyambut bulan Kemerdekaan. Pertandingan yang diadakan dalam bulan kemerekaan di semua sekolah di Malaysia menjadi wadah bagi semua pihak menzahirkan kesyukuran dan kegembiraan menyambut kemerdekaan negara kita. Suasana meriah dan ukhwah antara semua ibu bapa, guru dan murid-murid yang turut membantu melambangkan kemerdekaan yang semarak di SMK Seri Iskandar. PIBG mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang memberikan kerjasama. Sehati Sejiwa SMKSI Excellent.