top of page

MESYUARAT AJK PIBG 2/2016

  • taabacker
  • Sep 5, 2016
  • 1 min read

Mesyuarat AJK PIBG bagi kali kedua telah dijalankan pada 5hb September 2016. Mesyuarat kali ini dihadiri oleh semua AJK. Agenda mesyuarat telah dibincangkan dengan teliti dan telah mencapai permuafakatan untuk menjalankan beberapa aktiviti pada masa yang terdekat ini. Antaranya ialah persediaan pertandingan Keceriaan Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan dan jualan amal penanda buku PIBG. Jualan amal ini bertujuan untuk menambah dana membeli peralatan gamelan untuk Pasukan Gamelan Seri Warisan SMKSI. PIBG SMKSI mengalu-alukan semua pihak yang ingin menyumbang dan terima kasih kepada semua pihak yang telah membuat sumbangan melalui pembelian penanda buku berkenaan.



 
 
 

Comments


Paparan utama
Pos terkini
Arkib
Kategori aktiviti 
bottom of page