top of page

HARI BERTEMU WARIS CALON SPM 2016

Pada 28 September 2016, program Hari Bertemu Waris telah dilaksanakan untuk semua calon SPM 2016. Puan Mashitah bt Ismail, Tuan Pengetua SMK Seri Iskandar telah mengadakan tiga sesi "post mortem" calon-calon SPM pada kali ini mengikut pencapaian mereka dalam Peperiksaan Percubaan agar pihak ibu bapa dan penjaga dapat menangani kelemahan dan memperbaiki kekuatan anak-anak mereka. Pihak sekolah juga telah dan akan terus menjalankan pelbagai program intervensi selepas Peperiksaan Percubaan SPM baru-baru ini untuk membantu semua calon SPM pada tahun ini. PIBG mengucapkan tahniah dan syabas kerana 'post mortem" yang lengkap dan program intervensi bagi semua subjek SPM telah disediakan dan setiap kekuatan dan kelemahan calon telah dikenalpasti. PIBG mengucapkan terima kasih atas sambutan yang baik daripada ibu bapa dan penjaga terhadap program ini. Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan cemerlang bagi semua calon SPM SMK Seri Iskandar pada tahun ini.




Paparan utama
Pos terkini
Arkib
Kategori aktiviti 
No tags yet.
bottom of page