top of page

BUBUR ASYURA DI SMK SERI ISKANDAR

Umat Islam mempunyai cara tersendiri dalam menyambut hari asyura. Dalam kalangan masyarakat Muslim di Malaysia, hari asyura disinonimkan dengan bubur asyura. Bubur asyura ini dikaitkan dengan peristiwa yang menimpa nabi Nuh setelah terselamat dari banjir besar, apabila kaum baginda memasak menggunakan sumber yang terhad. Pada 27 Oktober 2016, PIBG dan Badan Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru Pendidikan Khas Inklusif SMK Seri Iskandar telah menyediakan 2 kawah bubur asyura untuk semua warga SMK Seri Iskandar. Konsep gotong-royong semasa penyediaan bubur asyura ini berjaya merapatkan ukhwah warga SMK Seri Iskandar. Semoga ukhwah yang terjalin berkekalan.


Paparan utama
Pos terkini
Arkib
Kategori aktiviti 
No tags yet.
bottom of page