MEMANJAT KESYUKURAN "MERDEKA: SEHATI SEJIWA"
Pada 5 November 2016, PIBG SMK Seri Iskandar telah mengadakan majlis kesyukuran bagi meraikan kejayaan sekolah dalam pertandingan Bulan Kemerdekaan Sehati Sejiwa pada tahun ini. Majlis ini juga bagi meraikan semua AJK Pelaksana yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam persediaan bagi menyertai pertandingan ini di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. PIBG juga mengucapkan terima kasih kepada Encik Khairul Ferdaus , Pegawai Penerangan Daerah Perak Tengah yang sudi hadir dalam majlis ini. Walaupun baru pertama kali menyertai pertandingan ini, SMKSI telah berjaya menjadi Johan peringkat negeri Perak. Perjuangan untuk mendapat tempat di peringkat kebangsaan diteruskan dengan penuh semangat Merdeka Sehati Sejiwa. Kegagalan meraih kemenangan di peringkat kebangsaan tidak mematahkan semangat PIBG dan ini menjadi pendorong untuk kami berusaha bagi memenangi pertandingan ini pada tahun hadapan.