LATIHAN JU PEMERKASAAN PIBG BAGI MENANGANI MASALAH OBESITI FASA 2
Satu perempat atau 25 daripada 100 pelajar di negara ini dikhuatiri akan mengalami masalah obesiti atau kegemukan pada 2020 yang juga berisiko mempunyai penyakit. Anggaran tersebut berdasarkan trend peningkatan satu peratus obesiti pelajar setiap tahun yang peratusannya didapati terus meningkat. Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman menjelaskan, anggaran itu berdasarkan kajian pada 2007 yang mendapati hampir 12 daripada 100 pelajar berusia antara 13 hingga 17 tahun mengalami obesiti berbanding hanya dua orang dikesan 10 tahun sebelumnya. Bagi menangani gejala ini Unit Pemakanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah menjalankan latihan Pemerkasaan PIBG bagi menangani masalah obesiti di kalangan murid sekolah.
PIBG SMK Seri Iskandar telah diwakili 5 orang AJK untuk menyertai program ini pada 12 November 2016. Tahniah diucapkan kepada semua AJK yang telah berjaya mengikuti latihan ini. Semoga PIBG SMK Seri Iskandar Excellent dalam menangani obesiti di kalngan murid sekolah SMK Seri Iskandar.