top of page

PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG DAN 3S DAERAH PERAK TENGAH

Konsep Sekolah Penyayang merupakan salah satu konsep yang penting dalam sistem pendidikan Malaysia. Ia mempunyai hubungan yang cukup erat dengan cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020, iaitu masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Konsep Sekolah Penyayang adalah konsep yang mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sekolah Penyayang juga mampu menjana generasi pelajar yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan mempunyai disiplin diri yang tinggi.


Pada 17 Januari 2017, Program Guru Penyayang dan 3S bagi Daerah Perak Tengah telah dilancarkan di SMK Seri Iskandar. PIBG turut merasa bangga kerana SMK Seri Iskandar telah dipilih sebagai lokasi untuk majlis pelancaran program berkenaan pada tahun ini.


Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato Nasaruddin bin Hashim. Beliau menekankan bahawa Sekolah Penyayang jika diperkasakan mampu menjadi satu pendekatan berkesan untuk membendung masalah sosial murid dan menangani gejala ponteng sekolah. Sehubungan itu, Sekolah Penyayang akan melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi akademik dan mampu memenuhi kehendak pasaran kerjaya semasa. Konsep sekolah penyayang juga bermatlamat melahirkan individu yang baik dari segi amalan, sahsiah dan tingkah laku.




Paparan utama
Pos terkini
Arkib
Kategori aktiviti 
No tags yet.
bottom of page