MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH DAN PETI ADUAN MURID 2017
SMK Seri Iskandar dengan kerjasama PIBK telah mengadakan program yang tersebut di atas pada 6 Februari 2017. Majlis ini diadakan serentak di semua sekolah di seluruh negara. Majlis Pelancaran Peringkat SMK Seri Iskandar yang bermula jam 7.30 pagi hingga 8.05 pagi dihadiri oleh Yang Berusaha Encik Mazlan Bin Abdul Fatah , Pegawai Unit Kurikulum Sains dan Matematik, Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah dan Yang Dihormati Sarjan Major Abdul Rahman Bin Ibrahim, Pegawai Polis Perhubungan Sekolah dan AJK PIBG.
Majlis pelancaran dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku diikuti dengan lagu Negeri Perak dan lagu Sekolah. Selepas bacaan doa dan ikrar murid, bacaan Perutusan Ketua Polis Negara disempurnakan oleh Pegawai Polis Perhubungan Sekolah dan bacaan Perutusan Menteri Pendidikan Malaysia disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Mazlan Bin Abdul Fatah. Perasmian Program Jom Ke Sekolah dan Pelancaran Peti Aduan Murid ini diharap menjadi wadah memotivasikan semua murid SMKSI hadir ke sekolah 100% dan menjadikan SMKSi Excellent.