top of page

MESYUARAT AJK I/2017 DAN PERKHEMAHAN PERDANA UNIT PAKAIAN SERAGAM (UPS) SMKSI

Perkhemahan Perdana UPS pada tahun ini telah diadakan di Kem Kota Layang-Layang Kiri pada 28 hingga 30 April 2017. Seperti biasa AJK PIBG telah membantu dalam penyediaan makanan peserta perkhemahan sepanjang tempoh perkhemahan berkenaan. Pelbagai menu telah disediakan secara gotong royong. Kerjasama AJK PIBG dan semua guru yang terlibat menggambarkan ukwah antara warga sekolah dan ibu bapa dan penjaga murid.


Pada kesempatan ini juga, mesyuarat AJK PIBG kali 1/2017 telah diadakan pada 29 April 2017, bertempat di Kem Kota. Mesyuarat yang bermula pda jam 8.00 malam telah membincangkan tentang kejayaan sekolah dalam SPM 2016, menangani gejala murid ponteng, aktiviti sokongan untuk akademik tahun 2017, sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah, aktiviti PIBG 2017 dan aktiviti menngumpul dana PIBG.


Seusai mesyuarat, AJK menjamu selera dengan makan malam. Majlis penutup perkhemahan telah dilakukan oleh Encik Mahamad Ali bin Kamijis, YDP PIBG SMKSI. Hadiah-hadiah telah disampaikan kepada UPS yang memenangi pertandingan yang diadakan. Semoga SMKSI terus EXCELLENT.





Paparan utama
Pos terkini
Arkib
Kategori aktiviti 
No tags yet.
bottom of page