SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.
OBJEKTIF-OBJEKTIF HARI GURU
-Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
-Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
-Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
-Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
-Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
-Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.
SMK Ser Iskandar telah mengadakan sambutan hari guru tahun ini secara sederhana tetapi meriah. YB Dato Hj. Mohd Zaim bin Haji Abu Hasan, DPMP, AMP, PPT telah merasmikan sambutan tersebut. Seluruh warga SMKSI telah berada di Dataran Bestari SMKSi dan bersama-sama meraikan semua guru. TERIMA KASIH CIK GU.