MAJLIS PERASMIAN PENUAIAN IKAN KELI PKKI
Pada 11 November 2017, majlis penuaian ikan keli telah disempurnakan oleh Encik Mohamad Azlan bin Amran, Pegawai perikanan Akuakultur, Jabatan Perikanan Negeri Perak. Kelas PKKI SMKSI telah membuat aktiviti memelihara ikan keli secara akuakultur. Ia bertujuan untuk mengajar murid-murid pendidikan khas berdikari dan tahu bagaimana untuk memelihara ikan akuakultur. PIBG SMKSI mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan murid PPKI yang sentiasa proaktif dalam menentukan kejayaan murid-murid PKKI.