top of page

PERASMIAN PROGRAM NATIONAL BLUE OCEAN (NBOS) DAN PROGRAM REMAJA BERWAWASAN (PRB) 2018

Pada 14 Februari 2018, perasmian program NBOS/PRB bagi tahun 2018 telah dijalankan. SMK Seri iskandar adalah antara sekolah yang terpilih untuk menyertai program tersebut. Program ini adalah langkah tepat dalam usaha membentuk murid sekolah untuk menjadi modal insan cemerlang, untuk mengambil peranan dalam arus perdana seiring dengan Program Transformasi Negara. Inilah aspirasi murni yang perlu kita titikberatkan demi memastikan kredibiliti dan survivality Malaysia dalam menghadapi pelbagai rencam tuntutan dan cabaran yang mendatang. Seramai 40 orang murid telah dipilih bagi menyertai program tersebut. PIBG berharap semua peserta yang telah dipilih mengikuti program tersebut pada tahun ini akan menjadi aset negara pada masa hadapan.


Paparan utama
Pos terkini
Arkib
Kategori aktiviti 
No tags yet.
bottom of page